top of page

CATAN

Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti   kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan.  Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi  kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan. Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.

 

Catan mempunyai pelbagai aliran seperti Baroque, Renaissence, Rokoko, Neo-klasik, Romantisme, Fauvisme, Futurisme, Surealisme, Kiubisme, Dadaisme, Abstrak, Semi Abstrak, Impressionisme, Ekspressionisme, Realisme, Semi- Realisme, Abstrak Ekspressionisme dan banyak lagi. Contoh yang diberikan diatas adalah contoh-contoh aliran yang dinyatakan dalam setiap buku subjek seni visual.  

bottom of page